Cara Nak Bayar Saman Diskaun 50% Sempena Hari Kebangsaan Ke-68

8 hours ago 4

MURAI mahu kongsikan satu berita gembira yang pasti buat ramai menarik nafas lega. Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri serta MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan. Dalam tempoh ini, rakyat Malaysia boleh menikmati pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50 peratus.

Kempen ini bermula dari 31 Ogos hingga 16 September 2025, dan bayaran hanya boleh dibuat melalui aplikasi atau portal rasmi MyBayar Saman dengan log masuk menggunakan MyDigital ID. Jadi, kalau ada saman yang dah lama terbeban tu, inilah masa terbaik untuk ‘merdeka’ daripada tunggakan.

Macam Mana Nak Bayar Saman Dengan Diskaun?

Caranya sangat mudah, MURAI senaraikan langkah ringkas:

  • Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play Store, Apple App Store, Huawei AppGallery, atau terus ke portal rasmi mybayar.rmp.gov.my
  • Daftar atau log masuk menggunakan MyDigital ID.
  • Semak saman yang ada supaya tahu jumlah terkini.
  • Pilih saman, klik bayar, dan diskaun 50 peratus akan ditolak secara automatik.

Belum Ada MyDigital ID?

Kalau belum daftar, jangan risau. Prosesnya senang saja:

Muat turun aplikasi rasmi MyDigital ID di digital-id.my/download

  • Masukkan e-mel terkini.
  • Sahkan kod OTP yang diterima.
  • Buat pengecaman wajah.
  • Siap, akaun anda terus aktif dan boleh digunakan untuk log masuk ke MyBayar Saman.

Dengan adanya tawaran ini, jelas menunjukkan kerajaan melalui PDRM dan KDN serius membantu rakyat meringankan beban. Dalam masa yang sama, ia juga menggalakkan penggunaan platform digital sejajar dengan perkembangan teknologi negara.

MURAI boleh katakan, inilah peluang terbaik untuk selesaikan saman tertunggak dengan harga separuh. Jangan tunggu sampai saat akhir, kerana tawaran ini hanya sah sehingga 16 September 2025.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |