Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, adalah seorang pencipta kandungan digital, pempengaruh media sosial, dan usahawan terkenal dari Malaysia. Dilahirkan pada 25 September 1992 di Kota Bharu, Kelantan, beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat.
Khairul mula mendapat perhatian melalui siri video masakan “30 Hari 30 Resipi” semasa Ramadan pada 2018, yang menjadi tular di pelbagai platform seperti Instagram, TikTok, dan YouTube. Dengan gaya penyampaian yang santai dan resipi yang mudah difahami, beliau berjaya menarik jutaan pengikut.
Selain itu, Khairul juga seorang usahawan berjaya dengan jenama Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi, mencatat jualan berjuta-juta ringgit. Pada 2023, beliau dinobatkan sebagai Pencipta Kandungan Tahun Ini di Anugerah TikTok Malaysia.
“Bila Produk Makanan Bermain Dengan Santan Kelapa Memang Pening Sikit Untuk Dapat Yang Terbaik”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @khairulamingfans_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 373 ribu, tanda suka sebanyak 20 ribu dan sebanyak 324 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Khairul Aming yang memberitahu bahawa beliau terpaksa membuang beribu kilo ayam yang dibuat rendang sebelum dijual kepada pembeli dengan kualiti yang terbaik dari kilangnya itu.
@khairulamingfans_From burn out to sold out 🥹 Semua nampak manisnya kejayaan, tapi tak semua sanggup hadap penatnya nak sampai ke situ 😮💨 @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #rendangnyetberapi #teamKA #walaming
♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa adat jual makanan sememangnya begitu, pasti ada rugi sebelum untung yang datang.
“betul tu, kami buat ayam salai asap lebih 50 kilo ayan r&d kami terpaksa buang”
“kalau Khairul Aming tak bagi tahu mesti orang akan pandang sale berjuta je, tapi rugi sebelum tu orang tak tahu”
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?