Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi membuat perkongsian mengenai anak perempuannya, Marissa Dania yang diharapkan dapat keluar daripada hubungan yang toksik selepas bergelar isteri kepada pempengaruh, Ahmad Aslam.
Marissa merupakan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi dan aktor, Norman Hakim yang pernah bergelar suami isteri selama tujuh tahun sejak 2002, sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2008.
Mahu Marissa Keluar Dari Hubungan Toksik
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi hantaran di Insta Stories dilihat memuatnaik satu hantaran kata-kata mengenai kuasa berdoa kepada Allah SWT serta menitipkan doa agar Marissa berjaya keluar daripada hubungan toksik.
“Ya saya doakan anak saya berjaya keluar dari hubungan toksik itu. Tulis kat sini biar achik-achik yang maki hamun sepanjang zaman tu puas hati.”-tulis Abby Abadi di Insta Stories
“Anak Saya Perlu Diselamatkan..”
Turut memohon doa orang ramai, Abby menyatakan bahawa Marissa Dania sememangnya perlu diselamatkan dari hubungan perkahwinannya bersama Aslam.
“Cepat doakan ya. Anak saya perlu diselamatkan dari hubungan toksik itu. Amin kan ya.”-tulis Abby lagi

Terdahulu, Abby pernah membuat perkongsian mengenai komen netizen yang memberikan nasihat kepada Marissa untuk keluar dari kehidupan poligami serta memulakan kehidupan baharu.
Sekadar info, Marissa Dania merupakan isteri kedua kepada Aslam selepas bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Aslam sebelum itu mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.
Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023 sebelum membuat keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, Umisya dan Aslam dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Hud, Nuh, dan bayi perempuan yang lahir pada 17 Februari lalu.
Apa komen anda?

3 months ago
55


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


