Kisah curang dalam sesebuah hubungan tidaklah menjadi satu perkara yang mengejutkan lagi dalam masyarakat. Baik orang biasa atau selebriti, ramai yang bertindak untuk curang dengan individu lain kerana nafsu mereka mereka.
Dalam entri kali ini, MURAI kongsikan lima aktor Bollywood yang telah berkahwin, sanggup curangi isteri dengan wanita lain.
1. Aditya Pancholi
Aditya Pancholi yang telah berkahwin dengan Zarina Wahab, telah mengejutkan ramai apabila aktor itu mengaku secara terbuka hubungan sulitnya dengan aktres Kanga Ranaut serta ramai wanita lagi.
Foto – India.com / Times of IndiaWalaupun tindakan Aditya dikecam ramai, Zarina masih menyayangi suaminya itu dan cuba untuk memperbaiki hubungan mereka semula.
2. Amitabh Bachchan
Foto – Times of IndiaPaling mengejutkan orang ramai, aktor Amitabh Bachchan didakwa mempunyai hubungan sulit dengan aktres Rekha. Hubungan sulit mereka bermula sejak penggambaran ‘Silsila’. Namun begitu, isteri Amitabh iaitu Jaya telah memainkan peranan penting untuk ‘mengusir’ Rekha dan membaiki hubungan mereka semula.
3. Aamir Khan
Apabila filem ‘Qayamat Se Qayamat Tak’ ditayangkan, Aamir Khan telah menjadi bualan ramai. Sejurus selepas itu, Aamir terus mengikat tali pertunangan Reena Dutta pada usia 21 tahun.
Foto – Times of India / The Indian ExpressSemasa berkahwin selama 15 tahun, Aamir telah berlaku dengan penolong pengarah filem ‘Lagaan’, Kiran Rao. Berita hubungan sulitnya dengan Kiran memutuskan membuatkan dia bercerai dengan Renna. Dan terkini, Aamir telah berpisah dengan Kiran Rao.
4. Saif Ali Khan
Saif berusia 21 tahun ketika dia berkahwin dengan Amrita Singh yang berusia 33 tahun. Selepas tinggal bersama selama 13 tahun, pasangan itu memutuskan untuk berpisah.
Foto – Bollywood Shaadis / MasalaNamun perpisahan mereka itu didakwa berpunca daripada hubungan sulit Saif dengan model Itali bernama Rsa Catalano sebelum bercinta dan berkahwin dengan Kareena Kapoor.
5. Mithun Chakraborty
Mithun Chakraborty yang sudah berkahwin telah terpesona dengan kecantikan Sridevi dan kedua-duanya berkahwin secara rahsia pada 1985. Mithun ketika itu telah berkahwin dengan Yogita Bali.
Foto – Bollywood Shaadis / FacebookTetapi tak lama selepas itu, Sridevi mendapat tahu bahawa Mithun belum menceraikan isteri pertamanya dan dia kemudiannya membatalkan perkahwinannya dengan Mithun pada tahun 1988.
Apa kata kamu?

2 months ago
46


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


