Alaf kecantikan yang baharu kini tiba di Sunway Pyramid! Ulike, jenama peranti penyingkir bulu No.1 Dunia yang diiktiraf oleh Akademi Dermatologi Amerika (AAD), telah mengubah dataran Blue Atrium di pusat beli-belah tersebut menjadi sebuah pusat teknologi kecantikan.
Teknologi Terkini
Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman interaktif dengan peranti inovatif terkininya, termasuk Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro.
Malaysia dipilih sebagai destinasi pertama dalam pengembangan global Ulike (SEA), membawa teknologi kecantikan canggih kepada khalayak ramai.
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran duta jenama, Zahirah Macwilson, yang menarik perhatian para hadirin dengan perkongsian mengenai kecantikan serta pengalaman peribadinya bersama Ulike.
Beramah Mesra Bersama Selebriti Dan Duta

Detik-detik beliau di atas pentas mencetuskan revolusi kecantikan, memperkenalkan peranti inovatif Ulike yang menarik perhatian peminat kecantikan.
Peminat bertuah juga berpeluang bersaing dengan Zahirah Macwilson, Bella Astillah, dan pakar kecantikan terkemuka seperti Dr. Say, Dr. Aen, Dr. Wina, Dr1 Share, dan Dr. Mya dalam cabaran yang menyeronokkan.
Zahirah Macwilson berkongsi pengalaman menggunakan Ulike Air10 Pro, menyatakan,memiliki kulit yang halus tanpa bulu memberinya keyakinan.
Menjmatkan Masa
Dengan jadual yang padat, Ulike menjimatkan masa kerana tidak lagi perlu ke salon.
Ia lembut, tidak menyakitkan, dan mudah digunakan, membolehkan dia menikmati hasil setaraf salon di rumah.
Selain itu, beliau juga menggunakan Ulike Clear Pro dalam rutin kecantikannya untuk mencerahkan dan mengurangkan jeragat serta melembutkan kulit.
Christine Ho, Pengarah Pemasaran Ulike, berkata, mereka percaya kecantikan harus efektif dan mudah didapati.
Sambutan hangat terhadap acara ini mengukuhkan misi mereka untuk membawa teknologi kecantikan salon ke rumah pengguna.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.