[VIDEO] Siti Nurhaliza Ziarah Pusara Ayahnya, Raih Perhatian Ramai!-“Rindu Raya Dulu-Dulu”

2 weeks ago 31

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Rindu Raya Dulu Dulu, Zaman Tokti Buat Rumah Terbuka Dekat Kampung Memang Ramai Pergi”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tokti yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 138 ribu, tanda suka sebanyak 6,358 dan sebanyak 121 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyambut raya dikampung halamannya iaitu di Kuala Lipis Pahang.

@toktitiktok

Raya ke 2 di Lipis bersama keluarga tersayang #CapCut

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga sempat terserempak dengan Tokti ketika berada di Kuala Lipis. Tambah mereka lagi, mereka sangat merindui suasana beraya  seperti dahulu kala kerana sangat meriah.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |