[VIDEO] Putera Wakeel Sibuk Agih Duit Raya, Tetapi Lain Pula Netizen Nampak- “Nak Terburai Dah Tu”

2 weeks ago 25

Baru-baru ini Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel menjadi perbualan ramai selepas video yang menampilkan baginda tular di platform TikTok.

Dalam video tersebut, Putera Wakeel yang tampil segak berbaju Melayu lengkap dilihat sibuk mengagihkan bantuan kurnia peribadi atau Raya Kurnia, mewakili ayahandanya iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.

Foto – @anishaik.tmski (TikTok) / Wikipedia

Penampilan Putera Wakeel yang segak itu bukan sahaja buatkan para wanita di seluruh negara ‘cair’ tetapi juga dikatakan mirip seperti ayahandanya ketika muda.

@anishaik.tmski

#awb #princewakeel

♬ eredeti hang – kr★mi

Walaupun rupa parasnya berjaya mencuri perhatian ramai, namun lain pula netizen perhatikan padanya. Jika kamu lihat dalam video yang dikongsi, Putera Wakeel nampak seperti ‘struggle’ untuk memastikan sampinnya berada dalam keadaan kemas dan rapi semasa mengagihkan bantuan.

Foto – @anishaik.tmski (TikTok)

Akibatnya baginda terpaksa memegang sampinnya sepanjang majlis dan memastikan ianya tidak terjatuh. Bagi netizen, situasi itu agak menggelikan hati dan sesetengahnya pula tertanya-tanya jika jika penata gayanya tidak mengikat sampin dengan ketat semasa menyiapkan baginda.

“Lahaii kesian sampin nak terburai dah tu”, komen @sayalerrsayatuu.

“Bagi la prince wakeel sampin instant”, komen @dear_cuna.

“Hahahaha pegawai dia takder yang sedaq ke dia duk pegang sampin tuh”, komen @s3ri_89.

Apa kata kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |