[VIDEO]Jaecoo J5 EV Curi Tumpuan Di Auto Shanghai 2025, Jadi Tarikan Utama Di Booth Chery!

3 hours ago 6

Jaecoo J5 EV, model elektrik terkini dari sub-jenama Chery, kembali mencetus fenomena di pentas antarabangsa apabila tampil mengagumkan di Auto Shanghai 2025. Kenderaan ini bukan sahaja mempamerkan reka bentuk moden dan teknologi canggih, malah menjadi salah satu highlight utama di booth Chery sepanjang acara berprestij tersebut.

Menariknya, MURAI MY telah dibawa khas oleh Jaecoo Malaysia untuk menyaksikan sendiri kemeriahan dan pendedahan eksklusif model ini di 2025 Shanghai Auto Show. Tinjauan kami di pusat pameran automotif terbesar dunia itu mendapati Jaecoo J5 EV mendahului barisan kenderaan lain dengan penuh bergaya – bersebelahan model-model inovatif lain dari keluarga Chery yang turut mencuri perhatian pengunjung.

Video Eksklusif Di Booth Jaecoo

Tidak ketinggalan, kami sempat merakam sebuah video eksklusif di booth Jaecoo yang memaparkan lebih dekat reka bentuk futuristik dan teknologi dalam kabin J5 EV. Video ini memberi gambaran sebenar suasana di Auto Shanghai dan bagaimana model ini menarik perhatian ramai pelawat dari seluruh dunia.

Potensi Kemasukan ke Pasaran Malaysia

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Jaecoo J5 dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada suku keempat tahun 2025. Model ini akan menjadi sebahagian daripada barisan Jaecoo, bersama dengan J7, yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Chery di Shah Alam.

Walaupun pengesahan rasmi mengenai varian EV masih belum diumumkan, langkah ini menunjukkan komitmen Jaecoo untuk memperluas penawaran kenderaan elektrik di pasaran Malaysia. Kehadiran J5 EV pastinya dinanti-nantikan, terutamanya oleh pengguna yang mengutamakan gaya dan teknologi.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |