[VIDEO] “Ini Baru Premium”- Suka Dessert Keluar Menu Baru Lagi

1 week ago 21

Siapa tidak kenal dengan jenama pencuci mulut terkenal di Malaysia, Suka Dessert yang kerap tular dengan pelbagai menu baru. Sebagai peminat coklat sudah pasti menjadi keinginan untuk pergi ke kafe ini walaupun sekali seumur hidup. Bermula daripada perniagaan kecil-kecilan di rumah, kini Suka Dessert berkembang menjadi sebuah kafe manisan yang gah dan bakal membina sebuah lagi cawangan melalui projek ‘Adik Suka Dessert’.

Sebagai penggemar coklat dan manisan, pengasas Suka Dessert iaitu Siti Hajar Mohd Razali, 38 atau lebih mesra dikenali sebagai Auntie Ja mengambil keputusan untuk menjual pencuci mulut yang menjanjikan kelainan buat pelanggannya. Tidak mempunyai sebarang kepakaran dalam dunia kulinari, bukan menjadi masalah untuk Auntie Ja terus maju dalam dunia penjualan pencuci mulut.

Kini Suka Dessert telah melancarkan lebih daripada 100 menjadikan penggemar coklat rambang mata malah ada yang menderita kerana tinggal berjauhan daripada lokasi kafe berkenaan. Baru-baru ini, Suka Dessert telah melancarkan satu lagi menu baharu iaitu 3C (Choc Coated Cheesecake) pada 20 Mac (semalam) dan akan dijual setiap hari bermula jam 8.15 malam dengan harga rm35. Perkongsian daripada video peminat coklat @capikkkkkk, antara individu terawal yang dapat merasai menu ini menimbulkan rasa cemburu netizen.

Pelbagai variasi kek keju dijual dalam satu set menarik perhatian pembeli. Antaranya ialah :

  • Original Cheesecake
  • Pistachio Kunafa Cheesecake
  • Chocolate Cheesecake
  • Caramel Pretzel Cheesecake
  • Chunky Peanut Butter Cheesecake
  • Choc Kunafa Cheesecake

Difahamkan menu baharu ini merupakan tugasan untuk persediaan bagi pasukan Suka Dessert untuk projek ‘Adik Suka Dessert’. Hal ini bagi memastikan operasi berjalan lancar dan mendedahkan pasukan dengan penjagaan suhu coklat, teknikal dan penggunaan mesin.

@sukadessert.hq

BARU! 3C (Choc Coated Cheesecake), 1 set Rm35.00. Available di Kafe Suka Dessert pada 20 Mar’2025, setiap hari jam 8.15 malam. Sehari Auntie Ja hanya keluarkan 30-50 box sahaja setiap hari. Cara penyimpanan: Simpan di tempat sejuk atau chiller. Best consume within 2 days.

♬ original sound – Sukadessert.hq – Sukadessert.hq

“Apa nii, dah la jauhhh…”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana Suka Dessert tidak kering idea untuk mengeluarkan menu baharu.

“Pliss letak dalam beg kuning, ramai minta dah ni”

“Gurl stop, i want to try sukadessert so bad but im from Singapore!!”

“Menu baru keluar lagi, cake in bowl pun saya belum try…”

“Banyaknya idea auntie ja produce macam2 jenis menu coklat”

“jauuh laaa huhuhu”

“Saya baru je pegi haritu tau, ni kena pegi lagi ke”

Lihat pada video sahaja sudah kelihatan sedap, apa lagi jika dapat dinikmati sendiri. Suka Dessert bukan sahaja memenangi hati penggemar coklat, malah turut menjadi kebanggan rakyat Malaysia kerana produk tempatan ini boleh maju dan setaraf dengan produk antarabangsa.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |