[VIDEO] Ibu Dedah Punca Sebenar Perpisahan Ranbir Kapoor & Deepika Padukone

6 hours ago 9

Selepas menjalinkan hubungan selama 2 tahun, Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone memilih untuk berpisah. Berita yang mengejutkan itu telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar perpisahan mereka.

Selepas berteka-teki mengenai punca perpisahan tersebut, akhirnya peminat mendapat jawapan selepas melihat video ibu Ranbir, Neetu Kapoor mengulas mengenainya.

Pada tahun 2012, selepas tiga tahun perpisahan misteri Deepika dan Ranbir, Neetu bercakap mengenai perpisahan tersebut dan kemungkinan di sebaliknya di sebuah rancangan temu bual.

“Dia baru sahaja mempunyai seorang teman wanita dan itulah Deepika. Saya rasa mungkin ada sesuatu yang hilang dalam hubungan mereka. Ada sesuatu yang tidak ada dan mungkin dia bukan dirinya sendiri. Dan dia perlu berpisah.”

Foto – Bollywood Life

Tambahnya lagi, jika dia tidak menyukai pilihan Ranbir, Neetu akan memberitahunya. Dan Ranbir mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada meneruskan hubungan tersebut atau tidak.

“Jika saya rasa gadis itu tidak baik, saya hanya akan berkata dengan cara saya sendiri. Saya tidak akan berkata, “jangan berkahwin” atau “jangan ada teman wanita ini”. Terpulang kepada dia, apa yang mahu dia lakukan. Tetapi saya pasti akan menyuarakan pendapat saya.”

Sementara itu, Ranbir mendedahkan bahawa dia masih berkahwin dengan bekas kekasihnya (tanpa menamakan sesiapa) walaupun mereka sudah berpisah.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |