Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tokram, yang merupakan orang kuat di dalam industri muzik tanah air. Tokram dilahirkan di Singapura pada 17 November 1958 kemudian beliau menukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989.
Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi, namun pengalamannya dalam bidang muzik sudah cukup untuk melayakkannya digelar bapa muzik kerana beliau berbakat sebagai pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon dan lain-lain.
Pernah berkahwin dengan Jennifer Thompson pada tahun 1988 sehingga 1999 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Kemudian Ramli Ms berkahwin dengan penyanyi Malaysia iaitu Datin Alyah dan mempunyai seorang anak angkat yang bernama Nur Izzara.
“Sayang Betul Tok Ram Dekat Zara Ehh, Siaplah Mummy Kena Bebel Nanti”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Alyah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 962 ribu, tanda suka sebanyak 29 ribu dan sebanyak 285 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tok Ram yang sedang memeluk anaknya itu dan sempat bergurau dengan mengatakan bahawa Alyah membuli Zara semasa ketiadaannya itu.
@alyah81officialSi kenit ni blk kg dia mcm Queen tau..Blk kl buat muka kesian ngan Daddy dia.🫣 #malaysiatrending #fypage #flypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #trending #alyahzara #tokramzara
♬ original sound – alyah81official – alyah81official
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Zara sangat beruntung kerana peroleh keluarga yang amat menyayanginya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.