Pasti semua mengenali pelakon wanita Malaysia yang cukup terkenal dengan kecantikkan dan keanggunannya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih mesra disapa Izara Aishah.
Izara Aishah kini aktif di media sosial miliknya terutamanya di instagram dan tiktok. Dia Sering membuat live di tiktok untuk menunjukkan cara-cara memakai tudung sambil menjual cardigan dan tudung jenamanya sendiri.
“Jual Tudunglah Takkan Jual Kambing Pula”-Izara Aishah
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @berries_mya yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 60 ribu dan sebanyak 438 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Izara Aishah yang membuat tutorial tudungnya namun tudung tersebut tidak memberi kerjasama sehingga membuatkan ramai terhibur melihatnya itu.
@berries_myamarah macam tak marah dengan tone suara lembut 😂 #izaraaishah #izara #tutorial #izaraworld #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Meriah Lain Macam Ft Nadeera – Hael Husaini
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Izara Aishah merupakan seorang yang sangat lucu dan menghiburkan ramai yang menonton livenya itu. Tambah mereka lagi, Izara Aishah sama seperti perempuan lain yang akan Badmood jika tudung yang dipakai mereka tidak menjadi.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.