[VIDEO] Baju Raya Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah Curi Perhatian Ramai!-“Tenang Je Tengok”

1 week ago 27

Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali yang lahir pada 12 Julai 1926 merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Tun Dr Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita melayu pertama yang memperolehi kursus perubatan di kolej perubatan King Edward VII di Singapura (kini dikenali sebagai Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia II. Beliau juga terkenal, kerana gemar bermain alat muzik terutamanya Biola dan Piano.

“Makin Berusia Makin Kuat Aura Dua Insan Hebat Ini”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Umie Aida yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 586 ribu, tanda suka sebanyak 24 ribu dan sebanyak 739 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan pelakon Umie Aida yang menyambut raya dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dan isteri tercintanya iaitu Tun Dr Siti Hasmah.

@umieaida_9

Semoga Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sentiasa diberikan kesihatan sihat walafiat dan dalam rahmat Allah SWT . Aamiin Selamat hari raya Tun ❤️ @chedetofficial love

♬ original sound – Umieaidaofficial – Umieaidaofficial

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pakaian yang dikenakan oleh Tun Dr Mahathir dan isterinya itu sangat ringkas dan sesuai dengan umur mereka. Tambah mereka lagi, terlalu banyak jasa yang diberikan oleh 2 insan hebat ini dalam memajukan negara Malaysia suatu ketika dahulu yanng tidak mungkin dapat dibalas.

Apa-apa pun, semoga kiita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |