Sebelum ini kecoh di media sosial apabila Datuk Nora Ariffin yang dikatakan sudah memfail penceraian terhadap suaminya.
Dikatakan Atas Desakan Isteri Pertama
Ini susulan kenyataan Nora yang mendakwa bahawa keputusan perceraian itu diambil untuk memenuhi permintaan isteri pertama dan anak mereka, Rose Aliza Sutrisno.
Atas kejadian tersebut, isteri pertama, Rose menafikan dakwaan bahawa dia dan anaknya menjadi punca perceraian tersebut.
Dia berkata perceraian itu dibuat atas keputusan suaminya sendiri dan bukan kerana desakan mereka.
Terbaru, suami kepada penyanyi Nora, Dr Rushdi Ramli, telah tampil mempertahankan kenyataan isteri keduanya berhubung punca perceraian mereka.
Suami Perjelaskan Hal Yang Sebenar

Dr Rushdi, yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, menegaskan bahawa perceraian itu berlaku akibat desakan daripada isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno, serta anak mereka, Alia Rushdi.
Menurut Gempak, Rushdi menyifatkan tuduhan yang mengatakan perceraian berlaku atas kehendaknya sebagai fitnah yang tidak berasas.
Menurut Rushdi, pada awalnya dia tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, tetapi demi membersihkan nama dan menjelaskan kebenaran, dia menafikan sepenuhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Rose.
Dia menjelaskan bahawa terdapat desakan dan tekanan dari pihak Rose yang menyebabkan keputusan untuk menceraikan Nora dibuat, namun dia akhirnya merujuk semula perkahwinannya dengan Nora.
Harap Dapat Diselesaikan Cara Baik
Rushdi turut menambah bahawa dia mempunyai bukti yang menunjukkan wujudnya desakan dari pihak ketiga untuk menceraikan Nora.
Walaupun Rushdi memahami perasaan Rose yang dimadukan tanpa pengetahuan, dia menegaskan bahawa itu bukan alasan untuk Rose memaksanya membuat keputusan yang tidak diingini.
Rushdi mengungkapkan harapannya agar masalah yang melibatkan kedua-dua isterinya dapat diselesaikan dengan baik, terutama menjelang bulan Ramadan yang mulia ini.
Dia menegaskan rasa kasih sayang kepada kedua-dua isterinya dan menghargai segala pengorbanan serta kebaikan yang diberikan oleh mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.