“Saya Sebagai Anak, Abang, Dan Suami Turut Tersepit Dalam Keadaan Ini…-“Aliff Syukri

5 days ago 23

Nama pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam dan isteri usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menjadi bualan ramai di media sosial selepas Rebecca dikatakan sering memuatnaik foto Bonda Rozita Ibrahim yang baru sahaja bergelar isteri kepada abangnya itu, yang menimbulkan rasa kurang senang oleh sesetengah pihak.

Mohon Orang Ramai Hormati Ibunya Yang Semakin Tua

Tidak berdiam diri, anak kepada Bonda Rozita Ibrahim, iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram tampil memberikan kenyataan terhadap isu yang melibatkan ibu serta isterinya itu dengan meminta orang ramai untuk menghormati ibunya yang sudah semakin tua serta ahli keluarganya, lebih-lebih lagi yang masih remaja dan mentah untuk menerima orang baru dalam hidup mereka.

“Kepada orang luar please jangan berlebihan, mohon hormati. Mak saya dah tu dah pun, dan punya anak remaja dan cucu. Malah, adik-adik saya yang masih remaja dan mentah untuk melalui kehidupan di mana parents bercerai, perlu ke saya cerita satu persatu.

Mereka terpaksa menerima orang baru. Mereka tidak menolak tetapi ianya tidak la mudah. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya bila dalam keadaan ini.”-tulis Aliff Syukri di Instagram

“Saya Sebagai Anak, Abang, Suami Turut Tersepit…”

Akui telah mencuba sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku, Aliff menyatakan bahawa dia sebagai seorang anak, abang dan suami turut tersepit dalam isu yang melanda keluarga besarnya itu.

“Saya sayang keluarga mak saya, keluarga kita unik tapi penuh kasih sayang, mereka semua sayang mak. Walaupun kami bukan satu bapa, tapi kami satu ibu saya satu rahim.

Sebenarnya saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami. Saya sebagai anak, abang, suami turut tersepit dalam keadaan ini, malah sukar untuk saya luahkan. Bila melibatkan banyak orang.”-tulis Aliff lagi

Dalam pada itu, Aliff turut menitipkan pesanan buat ibunya bahawa, dia dan isterinya, Datin Shahida sentiasa ada untuk Bonda Rozita Ibrahim dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang yang mendalam, bukanlah kerana harta yang dimilik ibunya itu.

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |