Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam membuat perkongsian istimewa mengenai ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang baru sahaja bergelar isteri kepada abang kandungnya itu.
Rebecca menerusi hantaran di Instagram, dilihat berkongsi beberapa keping foto Bonda Rozita bersama abangnya yang digelar Abang Long itu turut menitipkan ucapan buat Bonda Rozita yang baru sahaja menjadi ahli keluarga kecil mereka itu.
“Assalamualaikum kakak iparku. Kita wakil dari keluarga kecil kami mengucapkan selamat datang dalam keluarga kami. Welcome to our family, sister in law.
Semoga perkahwinan buat Abang Long dan Kak Rozi ini membawa sampai ke akhir hayat dan ke syurga Allah. Semoga perkahwinan ini sentiasa dijaga, diberkati, dan dipelihara Allah SWT.
Selamat menunaikan Umrah Abang Long Ku Sayang dan Isteri Tercinta. Umrah mabrur dan semoga dipermudahkan semua urusan di sana.
Kita tambah kakak ipar yeayy 💋☺️.”-titip Rebecca buat Rozita Ibrahim
“Cantik Betul Bonda Masa Kat Mekah..”
Perkongsian Rebecca dibanjiri komen netizen yang rata-rata memberikan ucapan syukur dan tahniah di atas perkahwinan Bonda Rozita bersama abangnya itu, malah ada yang turut memuji penampilan Bonda Rozita yang masih anggun biarpun sudah memasuki usia 60 tahun.
“No wonder look familiar. Rupanya your brother. Tahniah sis. Semoga perkahwinan kekal ke Jannah.”
“Moga Allah memberkati perkahwinan Bonda & Suami.”
“So sweet Bonda dan Abang Long 😍😍😍
“Cantik betul Bonda masa kat Mekah tu.”
“Alhamdulillah bertambah ahli keluarga Datin Becca. Best tu Bonda Rozita masak sedap meriah hari raya nanti.”
“MasyaAllah cantiknya Bonda AS 😍❤️. Kalau kita pun dapat umur macam ni belum tentu lagi body dan muka lawa macam ni. Moga bonda AS kekal bahagia bersama suami tercinta Aamin.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.