Semua sedia maklum bahawa berita pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura sebelum ini masih meninggalkan kesan besar dalam kalangan keluarga mereka.
Berpuasa Kali Pertama Tanpa Isteri
Ramadan kali ini membawa suasana yang berbeza buat Ridzuan Ridzokumura apabila pertama kali berpuasa tanpa isteri tercinta.
Malah perkara ini sedikit sebanyak telah memberikan dan meninggalkan kesan buat anak mereka Sky Taizo Okumura.
Buat masa ini, Ridzuan terpaksa menguruskan anaknya, Sky Taizo Okumura, sendirian selepas kehilangan isteri tercintanya.
Terlepas Waktu Bersahur

Dalam perkongsian di Instagram, Ridzuan meluahkan rasa kesal apabila terlewat tidur sehingga menyebabkan anaknya terlepas waktu bersahur.
Dia juga menyatakan bahawa penggera telefonnya tidak berbunyi, yang menyebabkan Sky terlepas waktu bersahur dan subuh.
Kesian Sky terlepas bersahur, terlepas subuh. Maaf Sky telefon Daddy tak berbunyi
Kehilangan isteri tercinta memberi cabaran besar kepada Ridzuan, terutamanya dalam menjalani Ramadan bersama anaknya tanpa kehadiran isteri di sisi.
Fokus Kepada Anak Dan Bulan Puasa
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian warga net dan pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen mengenai situasi tersebut.
Fokuslah pada ibadah untuk arwah, tutup sekejap media sosial, tak perlu pun nak bagitahu. Kesian arwah dan anak tu.
Dia macam ni, sikit-sikit dah la. Kalau tiap hari update, orang jadi muak. Jangan pergunakan anak sebagai modal content.
Karut, mengada-ngada. Orang lain pun ada masalah, tapi tak masuk media sosial.
Meskipun ada yang turut bersimpati dengan perkongsian Ridzuan, tetapi masih ada yang turut melontarkan penulisan yang kurang menyenangkan dengan mengharapkan agar Ridzuan untuk berhenti sementara menggunakan media sosial.
Bukan itu sahaja, netizen juga meminta agar Ridzuan untuk fokus kepada ibadah dibulan puasa dan fokus utamanya adalah kepada anak-anaknya tanpa perlu memuat naik di media sosial.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.