Michael Ang Bidas Netizen Yang Tuduh Siti Nurhaliza Dibayar Untuk ‘Perform’ Di Majlis Rumah Terbuka KKM

3 hours ago 8

Umum mengetahui, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini tampil memberikan kenyataan selepas dituduh sebagai artis yang diundang untuk membuat persembahan di Majlis Rumah Terbuka anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini.

Jelas Siti Nurhaliza menerusi hantaran di Instagram, menjelaskan bahawa beliau hanya diundang sebagai tetamu dan hadir menyantuni majlis. Malah persembahannya di atas pentas itu hanyalah sebagai tanda penghargaan kepada warga KKM tanpa sebarang bayaran.

“Saya  diundang sebagai tetami, saya hadir dan datang menyantuni majlis, dan saya rela hati membuat persembahan (saya tidak diundang atas kapasiti artis yang membuat persembahan).

Saya hanya ingin menghiburkan semua yang ada semalam, malah saya turut ke majlis-majlis lain dan kebanyakan tahu, saya akan menyanyi jika keadaan mengizinkan.

Kepada semua yang menyampaikan hal palsu ini, baik media, individu, netizen, saya berharap agar anda sedar akan implikasi fitnah kepada seseorang.”-tulis Siti di Instagram

“Padan Muka Kat Manusia-Manusia Internet Ni…”

Dalam pada itu, pengarah terkenal, Michael Ang turut membidas sikap sesetengah netizen yang melemparkan tuduhan palsu terhadap Biduanita Negara ini. Tegas Michael, netizen terlibat seharusnya membuat permohonan maaf kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Siti Nurhaliza.

“Padan muka kat manusia-manusia internet ni yang sedap mulut cakap dia dibayar untuk menyanyi. Now Tuan Badan dah mengaku yang dia pergi event tu dan bila orang nyanyi, dia nyanyi la dan tak ada bayaran.

Kau orang emmekak tanpa usul periksa dan cakap bukan-bukan. Tak baik tak baik! So yang memfitnah dan cakap bukan-bukan tu dah tak reti nak minta maf ke.

Kat KKM dan artis tu? Berani cakap dan komen sila tampil. Tapi ni netizen Malaysia kan semua fake account!.”-bidas Michael Ang di Insta Stories

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |