Agoda, platform pelancongan digital, telah mendedahkan senarai destinasi menarik di Asia untuk tahun 2025.
Pengalaman Istimewa Bermula Mac

Panduan bulanan ini, bermula Mac, menonjolkan tarikan bermusim, budaya unik, dan pengalaman istimewa yang boleh dinikmati di seluruh Asia.
Destinasi yang dicadangkan termasuk keindahan sakura di Tokyo, Jepun pada Mac, serta sambutan Deepavali di Jaipur pada Oktober.
Memberi Isnpirasi Pelancongan

Andrew Smith, Naib Presiden Kanan Bekalan di Agoda, berkata panduan ini direka untuk memberi inspirasi kepada pelancong meneroka keajaiban Asia dengan harga mampu milik.
Destinasi Asia untuk 2025:
- Mac: Tokyo, Jepun – Nikmati bunga sakura yang mekar di taman tradisional.
- April: Cebu, Filipina – Cuaca cerah dan air jernih untuk aktiviti island-hopping.
- Mei: Da Nang, Vietnam – Nikmati pantai dan suasana damai di Hoi An.
- Jun: Chengdu, China – Melawat Pusat Penyelidikan Panda Gergasi dan menikmati hidangan Sichuan.
- Julai: Pulau Tioman, Malaysia – Terumbu karang dan hutan hujan tropika untuk pencinta alam.
- Ogos: Bali, Indonesia – Musim kering dengan pantai dan kuil yang menakjubkan.
- September: Kathmandu, Nepal – Terokai Durbar Square dan pendakian di Lembah Kathmandu.
- Oktober: Jaipur, India – Sambut Deepavali di Bandar Merah Jambu.
- November: Siem Reap, Kemboja – Kunjungi Angkor Wat pada musim sejuk.
- Disember: Bangkok, Thailand – Raikan Krismas dan Tahun Baru dengan pertunjukan bunga api.
Agoda menawarkan lebih 5 juta tempat penginapan, 130,000 laluan penerbangan, dan 300,000 aktiviti liburan, menjadikan perjalanan anda lebih mudah.
Untuk maklumat lanjut, lawati Agoda.com atau muat turun aplikasi mudah alih Agoda.