Dalam sebuah temu bual di stesen radio, Radio Nasha, Kajol mengimbau kembali pengalamannya yang hampir ditampar oleh koreografi Saroj Khan ketika di dan Saif Ali Khan sedang menjalani penggambaran filem ‘Yeh Dillagi’.
Ketika berkongsi ceritanya itu, Kajol mengakui dia berasa mustahil untuk gambarkan keseksian dan rasa malu di skrin dan biasanya akan bertanya kepada pengarahnya dengan tepat ekspresi yang mereka mahukan daripadanya.

“Ada dua perkara, perkataan seksi dan ‘sharam’, saya tidak boleh kaitkan dengan emosi inI. Apabila seseorang beritahu saya perlu mengelip mata dan bertindak malu, saya tidak dapat memahaminya. Saya tidak faham emosinya, tetapi jika anda beri saya satu set ciri untuk bergerak dengan cara tertentu, saya tentu faham.”

Semasa proses merakam lagu “Hothon Pe Bas Tera Naam Hai”, Kajol mendakwa ianya sebuah pengalaman yang mengerikan. Ini kerana dia tidak dapat menyampaikan emosi yang tepat sehinggakan dia dan Saif tidak dapat berhenti ketawa. Akibatnya Saroj berasa jengkel, marah dan mengancam untuk menampar mereka berdua.
“Saya tidak dapat melakukannya. Anda perlu lihat betapa marahnya Saroj sehingga mahu menampar kami. Saif dan saya tidak berhenti ketawa sehingga dia berkata, “Anda tidak mengambil serius, sangat kebudak-budakan!”.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.