Aktres popular Michelle Yeoh yang menjadi kebanggan negara Malaysia, baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi semasa lawatannya ke Taiwan.
Menghadiri acara pembukaan kedai utama Tiffany & Co. di Taipei 101, kecaman terhadap Michelle berlaku selepas aktres ini telah merujuk Taipei, salah satu bandar di Taiwan, sebagai sebahagian daripada negara China.

“Terima kasih Tiffany kerana menjemput kami ke Taipei, China dan layanan yang menakjubkan oleh Jack! Sangat gembira melihat ramai peminat menyertai kami di 101.”
Kongsiannya itu telah mendapat tanda “suka” sekitar 43,000 dan komen sekitar 10,700, yang kebanyakannya mengkritik pilihan kata-katanya.
“Tidak pernah mendengar tentang bandar bernama Taipei di China, hanya di Taiwan”, komen @amidsummernightdrean.
“Saya sangat kecewa dengan pemikirannya bahawa Taipei berada di China. Wang benar-benar menghilangkan akal budi”, komen @thecagedjock.
“Michelle jangan lakukan ini. Taipei berada di Taiwan, bukan China”, komen @wangtw.
Untuk pengetahuan kamu, Michelle bukanlah selebriti pertama yang terlibat dalam kontroversi ini, malah pelakon Hollywood dan bekas bintang WWE iaitu John Cena juga berdepan reaksi yang sama apabila dia menggelar Taiwan sebagai “negara”.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.