Sebelum ini, Aisyah Aziz yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, pernah mengesahkan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga dalam bulan April.
Walaupun sudah mendedahkan bulan perkhawinan, dia tidak mendedahkan secara terperinci identiti pasangannya.
Sah Bergelar Isteri
Terbaru, Aisyah Aziz, kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung padaJumaat lepas di Singapura.
Menurut BH Online, berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi stesen radio Warna 942.
Dalam hantaran tersebut, Aisyah dan suami kelihatan anggun dalam busana serba putih, berpegangan tangan dengan wajah penuh bahagia.
Ruangan kapsyen turut menulis ucapan doa dan ucapan tahniah kepada kedua-dua pasangan ini.
Suami Merupakan Abang Kepada PU Riz

Perkahwinan ini bukan sahaja mengejutkan ramai peminat, tetapi turut menarik perhatian kerana suami Aisyah merupakan abang kepada pendakwah dan personaliti TV terkenal, PU Riz yang juga suami kepada selebriti popular Neelofa.
Hal ini menjadikan ikatan kekeluargaan antara selebriti semakin menarik perhatian ramai.
Majlis akad nikah dan resepsi dikhabarkan berlangsung dalam suasana tertutup, sederhana tetapi penuh makna, hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini berjaya menyimpan hubungan mereka jauh dari perhatian media sebelum ini, dan berita perkahwinan mereka nyata menjadi kejutan manis buat para peminat.
Tahniah diucapkan kepada Aisyah dan Dr Fakhrudin. Semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia dan dirahmati Ilahi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.