Adegan Ini Buat Madhuri Dixit Trauma, Dipaksa Cium & Digigit Vinod Khanna

6 hours ago 8

Lakonan Vinod Khanna dan Madhuri Dixit dalam filem ‘Dayavan’ telah menjadi bualan ramai apabila ditayangkan kerana adegan intim antara mereka.

Walaupun adegan itu telah mencetuskan pelbagai kontroversi, Madhuri tampil menjelaskan kisah di sebaliknya. Ketika itu, Madhuri yang berusia 20 tahun, masih lagi baru dan cuba membuat tempat untuk dirinya dalam industri dengan membintangi filem itu.

Foto – Bollywood Shaadis

Semasa merakam adegan bercinta dalam lagu ‘Aaj Phir Tum Pe Pyaar Aaya Hai’ dalam filem ini, Vinod didakwa telah hilang kawalan dan terus mencium Madhuri walaupun pengarah menjerit “cut”.

Foto – ABP News

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Vinod terus mencium Madhuri selama lima minit, malah mengigit bibirnya. Ia adalah detik yang agak mengejutkan dan trauma untuk Madhuri. Dia tidak dapat berhenti menangis selepas adegan itu dan Vinod kemudiannya meminta maaf kepadanya.

Foto – Bollywood Shaadis

Dilaporkan Vinod pernah hilang kawalan apabila menjalani penggambaran filem lain dengan aktres Dimple Kapadia. Dalam temu bual lama, dia mengakui dia bukan suci seperti ramai wanita sangkakan.

“Saya adalah bujang. dan saya bukanlah suci seperti wanita sangkakan. Saya memerlukan seks seperti orang alin. Tanpa wanita kita tidak akan berada di sini, tanpa seks kita tidak akan berada di sini, jadi mengapa sesiapa perlu membantah saya bersama wanita.”

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |