Bagi Murai, memang layaklah jika Shah Rukh Khan (SRK) digelar sebagai King of Bollywood. Bukan apa, dengan jumlah peminat di seluruh dunia, dia selayaknya diberi gelaran itu.
Namun ada seseorang yang tak ‘terpesona’ dengan populariti SRK da tak lain tak bukan individu itu ialah penyanyi Zayn Malik. Pernah suatu ketika, Zayn sendiri percaya bahawa SRK ialah individu yang sombong.

Dalam sebuah temu bual dengan sebuah majalah antarabangsa, Zayn telah mendedahkan dia bukanlah peminat terbesar SRK, sehinggakan dia bertemu sendiri dengan aktor Bollywood itu.
Semasa pertemuan tersebut, ketika itulah dia menyedari betapa rendah dirinya individu bernama SRK. Pertemuan mereka itu betul-betul menunjukkan sisi yang berbeza kepada Zayn.

Kedua-duanya bertemu semasa Anugerah Asia pada tahun 2015, di mana Zayn ketika itu ditemani oleh kakaknya, Doniya Malik. Untuk pengetahuan kamu, Zayn merupakan peminat lagu-lagu Bollywood tau.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.