Pelakon dan usahawan, Shuib mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen membawa anak-anaknya menziarahi pusara ibu kandung mereka, Allahyarhamah Siti Sarah, baru-baru ini.
Shuib menerusi video di Instagram, yang turut ditemani isterinya, Watie Hanifiah turut menyifatkan Matin sebagai ‘anak manja’ kepada arwah Siti Sarah selain sentiasa berkepit dengan ibunya itu setiap masa.
“Matin adalah anak yang paling susah nangis, nama pun Matin ‘kuat’. Semalam tiba-tiba jatuh air mata seorang Matin, mungkin bila dia dah makin besar, dia dah mula dan makin faham tentang ‘rindu’.
Dulu ibunya pergi di saat dia usia 6 tahun, masa tu dialah bongsu, anak paling manja, tak boleh jauh dengan ibu, tidur berpeluk dengan ibu sampai macam nak termasuk dalam perut ibu. Anak terpaling manja dengan ibu.”-kongsi Shuib di Instagram
“Hanya Yang Mengalaminya Je Akan Faham Erti Sebenar Kehilangan…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat gelagat Matin yang menitiskan air mata ketika menziarahi pusara ibunya itu, malah ramai yang menitipkan Al-Fatihah buat pemergian Allahyarhamah Siti Sarah.
“Betul, susah nak tengok Matin menangis atau serius. Matin tak pernah serius, mungkin dengan membuat kelakar, Matin menyembunyikan kesedihan tetapi akhirnya Matin menangis jugak. Al-Fatihah.”
“Matin makin besar makin faham erti kehilangan. Al-Fatihah buat Siti Sarah.”
“Allah, Matin nangis, dengan aku sekali tiber menangis 😭😭.”
“Hanya yang mengalaminya je akan faham erti sebenar kehilangan 😭.”
“Ibu dah takde, tapi Allah gantikan kasih daripada perempuan lain sebagai pengganti ibu di dunia ini.”
“Shuib cuba tahan sebab tu suruh Mateen yang nyanyi. Bagus mummy pun ikut sama.”
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin..Al-Fatihah…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.