[VIDEO] Gelagat MK K-Clique Bagi Duit Raya, Raih Perhatian Ramai!-“Yang Bukan Islam Semua Dapat”

1 week ago 25

Penyanyi Rapper terkenal Malaysia Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran dari Tawau, Sabah dan beliau juga adalah merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan K-Clique.

Sejak mendirikan rumahtangga bersama Siti Hajar pada 16 Jun yang lalu, MK sering memuat naik video dirinya dan isteri di laman media sosial instagram miliknya. Video bergurau-senda dan mesra pasangan itu telah menimbulkan rasa teruja buat peminatnya yang melihat mereka semakin akrab sebagai suami isteri.

“Dah Lah segak, Bagi Duit raya Banyak Pulak Tu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anistaqwa yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 260 ribu, tanda suka sebanyak 10 ribu dan sebanyak 134 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Mk yang sedang beramah mesra dengan peminatnya dan kemudian beliau memberi duit raya kepada mereka.

@anistaqwa

Terima kasih MK bagi duit raya…semoga sentiasa murah rezeki… #mk #kclique

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Mk merupakan seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan orang ramai terutamanya dengan peminatnya sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |