Pempengaruh media sosial, Kim Seri baru-baru mencuri perhatian netizen selepas baru sahaja bergelar isteri kepada seorang jejaka berasal dari Korea Selatan.
Sah Bergelar Isteri Kepada Jejaka Korea
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Kim Seri menerusi hantaran di Instagram, yang turut memuatnaik foto dirinya bersama suami yang berkahwin di Ansan, Seoul, Korea.
“Dua jiwa, satu janji. Sebuah perjalanan. Moga Allah berkati perkahwinan ini dan jadikan kami di kalangan pasangan yang benar.”- kongsi Kim Seri di Instagram
Kim Seri Dibuang Universiti?
Walaubagaimanapun, tular satu dakwaan oleh salah seorang netizen tempatan yang menetap di Korea Selatan yang mendakwa Kim Seri telah dibuang universiti.
Mengambil Cuti Satu Semester
Tidak berdiam diri, Kim Seri menjelaskan bahawa dia hanyalah mengambil cuti selama satu universiti di Universiti Hankuk, Korea Selatan.
“Kadang- kadang orang yakin bercakap mewakili kita. Tapi tak dik, Akak tak dibuang universiti, akak ambil cuti satu sem je. Lepas tu nanti fikir semula.”- jelas Kim Seri

“Dari Dapat F, Baik Rehat..”
Mengakui rasa rindu untuk kembali ke kelas, Kim Seri menyatakan bahawa adalah lebih dirinya berehat daripada gagal dalam pengajiannya.
“Rindu nak masuk kelas tapi waktu sekarang tak boleh fokus. Dari dapat F, baik rehat dan selesaikan segala masalah yang ada.”-tulis Kim Seri

Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.